Falsafah ialah satu disiplin ilmiah
yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah
dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal
daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta
kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
- Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
- Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran
- Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.
- Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu
dengan sangat mendalam. Tetapi, berfalsafah di sini bermaksud berfikir
secara falsafah. Berfalsafah merupakan satu tanda yang penting bagi
bidang falsafah. Ia boleh diibaratkan sebagai inti dalam falsafah.
Berfikir secara falsafah ini harus mengandungi tiga ciri, iaitu:
- Radikal
Ini bermaksud bahawa berfalsafah merupakan corak pemikiran yang ketuntasan, dengan ini dapat berfikir dengan sedalam-dalamnya sehingga kepada akar bagi sesuatu masalah. - Sistematik
Berfikir sistematik ialah berfikir logik, yang bergerak selangkah demi selangkah dengan penuh kesedaran dengan turutan yang tersusun. - Sejagat
Sejagat bermaksud umum. Dalam corak pemikiran ini, pemikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi jawapan keseluruhan bagi sesuatu persoalan.
Falsafah dapat dikategorikan 5 bidang berdasarkan persoalannya, iaitu:
- Metafizik
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kewujudan.Contoh soalannya: Jenis benda yang wujud? Apakah sifat "semulajadi - nature" benda tersebut? Adakah sesuatu wujud tanpa pergantungan kepada deria manusia? Apakah sifat ruang dan masa? Apakah sifat akal dan berfikir? Apakah yang dikatakan manusia? Apakah yang dikatakan sedar? Adakah Tuhan wujud? - Epistemologi
Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh soalannya adalah seperti: Apa itu pengetahuan? Adakah ada pengetahuan? Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu? Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain? - Etika
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Contoh soalannya:Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan tindakan yang salah ? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan yang mana betul dan tindakan yang mana salah? Adakah nilai mutlak, atau perbandingan?Bagaimana seseorang itu harus hidup? - Logik
Logik adalah satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan manusia. - Estetika
Bidang falsafah memikirkan tentang keindahan. Contoh soalannya: Apakah itu indah?
- Radikal
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !